Malam yang aku dibasahi hujan. Sambil terasa betapa sayunya cuaca hari ini. Hujan rintik rintik mula menbasahi rambut ku. Seperti mengerti akan perasaan hati ini yang sepi sendu serba tidak kena aku dibuatnya. Aku seperti mengharap sesuatu yang takkan aku miliki. Walaupun malam ini aku berada di kawasan selamat aku. Tapi terasa macam ada bencana yang menanti aku. Munkin rasa hati aku sahaja. Terasa dengan perbuatan rakan rakan ku. Ah... Aku bukan orang seperti itu. Munkin banyak hantu hantu di fikiran aku yang mengacau aku pada malam ini. Walaupon warong mamak ini hingar bingar tetapi ia cukup sunyi sepi. Aku endahkan semua orang di kedai ini. Dan menjadikan tempat ini sebagai kawasan aku seorang. Betul kata orang masa depan lagi menakutkan dari hantu dan jembalang. Sensitiviti aku terlampau tinggi malam ini sehingga aku merasakan merapi bakal meletus lagi. Setan lah semua nie pergi jauh jauh jangan ganggu malam aku. Atau aku yang masih dihantui masa silam. Walaupon semalam dah jadi sejarah. Kau atau aku yang terlupa. Atau masa yang melupakan kita. Aku bukanyan tinggal di philipina untuk menerima kesan radiasi oren. Yang akan menbuat aku jadi seorang pelupa. Biar lupa kenanfan silam jangan lupa paksi sujud dah la. Sudahlah biar la malam ini jadi salah satu keping dari buku sejarah hidup aku. Jangan jadi macam aku khayal tanpa perlu akhohol atau pon pill khayal. Sial semua ini. Jam sudah 12 malam baik aku habiskan penulisan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan